Android 4.2 Untuk Nexus 7 Sedia Dimuat-Turun Secara Manual

Android 4.2 Untuk Nexus 7 Sedia Dimuat-Turun Secara Manual

Diterbitkan pada November 13, 2012 oleh .

Nexus 7 telah pun dilancarkan untuk pasaran tempatan beberapa bulan yang lepas, yang mana mengguna-pakai Android 4.1 padanya. Dan hari ini, Android 4.2 akan mula diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Nexus 7 seluruh dunia.

Tetapi, sekiranya anda tidak sabar untuk menantikan kemaskini OTA, kini pautan khas disediakan untuk membolehkan anda memuat-turun dan mengemaskininya secara manual pada peranti Nexus 7.

Ikuti tutorial bagaimana mengemaskini Nexus 7 secara manual


Muat-Turun Android 4.2 untuk Nexus 7

Selain daripada untuk Nexus 7, kemaskini untuk Galaxy Nexus turut hadir, tetapi hanya untuk variasi takju sahaja.

Dengan pengenalan kemaskini ini juga, mungkin kita boleh nantikan ia diubah dan diperkenalkan untuk pelbagai peranti lain dalam masa terdekat.

Pengeluar peranti masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan kemaskini Android 4.2 untuk peranti-peranti keluaran mereka, dan masih banyak peranti yang masih bergantung kepada Android 4.0 mahupun Android 2.3 Gingerbread buat masa ini.


TIPS & ULASAN