Terdapat pelbagai aplikasi yang menawarkan kemudahan untuk mengubah format media, terutamanya audio, dan terkini, salah satu aplikasi yang amat ringkas dan percuma diperkenalkan adalah FlicFlac.
FlicFlac membawakan antaramuka yang amat ringkas, membolehkan anda mengubah fail audio berfromat FLAC, WAV, MP3, OGG dan juga APE kepada format yang lain dengan mudah, tanpa perlu membuat pelbagai tetapan seperti mengubah bitrate dan sebagainya.
Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu drag-dan-drop fail audio mereka, dan seterusnya menekan butang format audio pilihan mereka, dan ia akan diubah secara automatik padanya.
Dan sekiranya anda merupakan seorang pembangun, kod sumber untuk FlicFlac turut disediakan untuk membolehkan anda bermain dengannya.
- Muat Turun
- Muat-Turun FlicFlac Audio Coverter Untuk Windows