Google Mengeluarkan Laporan Ketelusan Untuk Pertengahan Tahun Pertama 2012

Google Mengeluarkan Laporan Ketelusan Untuk Pertengahan Tahun Pertama 2012

Diterbitkan pada November 14, 2012 oleh .

Hampir 21 ribu permintaan sepanjang Januari hingga Jun 2012Google hari ini, telah pun mengeluarkan laporan ketelusan mereka, yang mana merupakan laporan yang ke-6 sejak ia diperkenalkan pada tahun 2010. Daripada apa yang diperlihatkan, ia menunjukkan yang mana permintaan kerajaan seluruh dunia untuk membuang sesuatu kandungan daripada platform Google semakin meningkat dari hari ke hari.

Berbanding negara lain, ia boleh dikatakan kerajaan Malaysia tidak begitu mengawal ketat, dan hanya meminta kandungan berbentuk fitnah, dan sewaktu dengannya sahaja supaya dibuang daripada perkhidmatan Google untuk Malaysia.

Untuk tahun ini, dua permintaan telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, iaitu satu pada YouTube dan juga satu pada Blogger. Apakah kandungan yang diminta untuk dialih-keluar tidak diketahui buat masa ini, dan Google hanya melabelkan sahaja padanya. Paling terkini yang diminta oleh kerajaan Malaysia adalah untuk membuang video anti-Islam pada bulan September lepas, dan tidak disertakan pada laporan ini, memandangkan ia tidak termasuk dalam pertengahan tahun pertama.

Secara keseluruhan sebanyak hampir 21 ribu permintaan diterima oleh Google untuk pertengahan tahun pertama 2012 ini.

Baca : Laporan Ketelusan Google Sepanjang Pertengahan Tahun Pertama 2012


TIPS & ULASAN