Internet Explorer 10 Preview Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna Windows 7

Diterbitkan pada Nov 14, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lanjutan daripada laporan semalam, Microsoft kini telah pun mengeluarkan Internet Explorer 10 Preview untuk Windows 7, membolehkan para pengguna sistem operasi Windows 7 menikmati beberapa fungsi baru yang dibawakan oleh Internet Explorer 10.

Internet Explorer 10 membawakan beberapa penambahan baru padanya, dimana selain daripada prestasi pelayar web tersebut sendiri, ia turut menyertakan sokongan kepada beberapa teknologi baru web padanya, menjadikan pelayaran web lebih lancar menggunakannya, berbanding versi sebelum ini.

Bagi para pengguna Windows 7, boleh memuat-turunnya hari ini dan mencubanya terlebih dahulu, sebelum versi akhir untuknya dilancarkan tidak lama lagi.

Muat-Turun Internet Explorer 10 (32bit / 64bit)

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami