Cari @ Amanz

Penggunaan storan berasaskan perkomputeran awan boleh dikatakan masih baru di Malaysia, apatah lagi dengan pengenalan Google Drive dan juga integrasi SkyDrive pada Windows 8. Namun, semuanya mungkin tidak sepopular Dropbox, yang mana hari ini mengumumkan mereka mempunyai lebih 100 juta pengguna berdaftar.

Dropbox boleh dikatakan antara perkhidmatan terbaik untuk storan awan, apatah lagi dengan penawaran klien desktop yang memudahkan pengguna menyimpan fail mereka, dan mengaksesnya, mahupun berkongsi bersama yang lain dengan mudah. Terkini, mereka turut menambah sokongan pada Facebook Groups, yang mana mungkin membawa kepada penambahan lebih ramai pengguna untuk perkhidmatan mereka.

Bagi pengguna baru, Dropbox menyediakan ruangan percuma sebanyak 2GB yang mana boleh ditingkatkan dengan mengajak rakan menyertai bersama perkhidmatan tersebut. Sementara untuk pengguna berbayar pula, Dropbox menyediakan pakej tersendiri, bermula dari serendah $9.99 sebulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd