Carian
RIM Bakal Mulakan Jualan Peranti BlackBerry 10 Pada Bulan Februari
November 14, 2012 Aman

bakal dijual dalam tempoh 30 hari dari tarikh pelancaranJikalau semalam ia diketahui secara rasminya, yang mana RIM bakal memperkenalkan dan melancarkan BlackBerry 10 bersama-sama dua peranti yang dinantikan pada 30 Januari, kini lanjutan daripada itu, peranti tersebut dijangka akan dijual pada bulan Februari.

RIM sendiri mengatakan yang mana mereka bakal menjual peranti mereka di pelbagai negara dalam tempoh 30 hari sejak pelancarannya. Asia Tenggara boleh dikatakan antara rantau dengan angka pengguna BlackBerry yang tinggi, dan sekiranya bertuah, mungkin kita yang di Malaysia turut sama boleh melihat peranti tersebut dijual di Malaysia pada bulan Februari atau Mac.

Ia boleh dikatakan ramai pengguna dan peminat BlackBerry menantikan sesuatu yang baru dan menarik daripada RIM, dan semestinya tarikh 30 Januari kelak akan menentukannya.

Komen