Cari @ Amanz

Gartner hari ini telah pun mengeluarkan laporan jualan peranti mudah-alih diseluruh dunia, dimana secara keseluruhannya, ia berkurangan sebanyak hampir 3.1% berbanding tahun lepas. Dan seperti semua sedia maklum, Samsung kini memegang takhta sebagai penjual peranti mudah-alih tertinggi di dunia.

Mengikut dibelakang Samsung adalah Nokia yang mana kelihatan berkurangan jualan mereka berbanding tahun lepas. Apple menduduki tangga ketiga sebagai penjual tertinggi, dan ZTE serta LG mengikut dibelakang.

RIM yang lebih memfokuskan kepada pembangunan BlackBerry 10 kelihatan turut sama menjual lebih banyak peranti jikalau dibandingkan dengan Motorola dan juga HTC.

Dari segi platform operasi pula, Android dan iOS menduduki tangga teratas, sementara Black Berry di tangga ketiga, serta Bada OS (milik Samsung) ditangga keempat. Symbian yang mana kelihatan seperti telah dimatikan oleh Nokia kelihatan tidak jauh bezanya jualan dengan peranti yang dijana menggunakan platform operasi daripada Microsoft.

Angka yang dikeluarkan adalah untuk suku tahun ketiga, dan semestinya pada suku tahun keempat ini, ia akan lebih rancak lagi, dengan Microsoft yang hadir dengan Windows Phone 8, sementara Google yang mula menjual Nexus 4 dan Nexus 10 (Android 4.2), serta Apple dengan iPhone 5 (iOS)

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd