Google Kini Memudahkan Pengguna Memasang Aplikasi Android Terus Daripada Google+

Google Kini Memudahkan Pengguna Memasang Aplikasi Android Terus Daripada Google+

Diterbitkan pada November 14, 2012 oleh .

Google+, seperti semua sedia maklum merupakan platform sosial daripada Google, dan kini, selain daripada hanya mengintegrasikan sokongan sosial pada Play Store, Google turut sama menjadikan perkongsian pautan Play Store pada Google+ lebih interaktif lagi.

Daripada kemaskini yang diperkenalkan, kini apabila seseorang berkongsi pautan aplikasi daripada Play Store, Google+ turut menyertakan sokongan untuk memasang terus aplikasi tersebut pada peranti pengguna.

Sebaik sahaja butang “Pasang” diklik, ia membawa pengguna terus kepada halaman aplikasi di Google Play Store, serta membuka tetingkap pemasangan aplikasi, membolehkan pengguna memilih peranti yang ingin dipasang dengan aplikasi berkenaan.

Buat masa ini, hanya aplikasi Android sahaja disokong, dan mungkin pada masa akan datang, Google mungkin akan memperkenalkannya untuk produk lain, seperti Chrome dan sebagainya.


TIPS & ULASAN