Cari @ Amanz

Lanjutan daripada kerjasama antara HTC dan Apple baru-baru ini berkaitan dengan paten dan perlesenan, ramai tertanya-tanya berkenaan adakah Samsung akan melakukan perkara sama. Kini, ia dilaporkan yang mana Samsung tiada sebarang perancangan untuk melakukan perkara sama buat masa ini.

Samsung dan Apple boleh dikatakan antara jenama yang popular didunia yang melibatkan kes saman-menyaman, dan pada bulan ogos yang lepas, Apple memenangi salah satu kes di Amerika, mengatakan Samsung perlu membayar Apple sehingga $1 billion untuk peniruan beberapa elemen rekabentuk dan sebagainya.

Pada masa yang sama juga, di England pula, Apple diminta mengeluarkan kenyataan iklan di media, mengatakan Samsung tidak meniru rekabentuk Apple untuk iPad pada Galaxy Tab-nya.

Dengan kenyataan pihak Samsung hari ini, semestinya mungkin kes saman-menyaman akan berterusan antara Apple dan gergasi daripada Korea Selatan ini, ataupun mungkin kedua-dua gergasi teknologi ini mempunyai cara yang lain dan tersendiri untuk mengatasinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd