Instagram telah sedia menawarkan kebolehan menambah efek pada gambar yang dirakamkan, dan salah satu cara untuk menjadikan gambar yang dikongsikan lebih menarik adalah dengan menambah teks padanya. Perkara ini dimudahkan dengan adanya aplikasi Overgram untuk pengguna iOS.
Jadi, bagaimanakah ia berfungsi? Overgram secara asasnya merupakan aplikasi berasingan yang membolehkan para pengguna merakamkan gambar dan seterusnya menambah teks padanya dengan mudah.
Selesai sahaja menambah teks, ia membolehkan para pengguna berkongsi ia terus melalui Instagram, dimana sebuah pautan disediakan, membolehkan gambar yang diedit tadi terus dibuka pada Instagram. Pada Instagram, para pengguna boleh menambah efek, sebelum berkongsi dengan yang lain padanya.
Selain sokongan perkongsian melalui Instagram, pengguna juga boleh menyimpan gambar dalam koleksi untuk digunakan pada kemudian hari.
Buat masa ini, aplikasi ini hanya eksklusif untuk para pengguna iOS sahaja, dan tidak diketahui berkenaan perancangan pembangunnya untuk platform lain.