Tembak dari jet, lompat dari kapal terbang
Setelah pelbagai paparan skrin baru diperlihatkan sepanjang minggu lepas dan minggu ini, kini seperti mana yang dinantikan, Rockstar telah pun mengeluarkan video trailer kedua untuk permainan mereka secara rasminya.
Tiga watak protagonis
Grand Theft Auto 5 merupakan antara permainan yang dinantikan ramai pemain seluruh dunia, dengan konsep dunia permainan terbuka yang dibawa olehnya, pada GTA 5 kelak, ia bakal membawakan saiz dunia yang lebih besar, selain menyediakan lebih kawalan kenderaan oleh pemain padanya. Sebanyak tiga watak turut disediakan untuk dimainkan oleh pemain pada permainan tersebut.
GTA V bakal dilancarkan untuk PlayStation 3 dan juga Xbox 360 pada pertengahan pertama tahun hadapan. Perancangan untuk PC masih belum diumumkan oleh pihak Rockstar buat masa ini.