Carian
(Video) Ujian Tukul Pada Nokia Lumia 920
November 15, 2012 Aman

Tiada sebarang calar pada skrin selepas melalui ujian tukulJikalau kebiasaannya, ujian jatuh dilakukan pada telefon pintar dan sebagainya, akhir-akhir ini, ujian tukul turut sama kelihatan agak popular, dan kini, melalui video daripada PhoneBuff, mereka berkongsikan video ujian tukul pada Lumia 920.

Daripada apa yang dipertontonkan, mereka melakukan empat ujian berbeza, iaitu cuba mencalarkan menggunakan kunci, pisau, dan seterusnya menggunakan tukul untuk memukul skrin. Pada akhir sekali, Lumia 920 turut digunakan sebagai tukul dalam memukul paku pada sebatang kayu.

Menariknya adalah, ketahanan dan kualiti binaan pada Lumia 920 kelihatan amat baik sekali, apatah lagi, skrinnya tidak mengalami sebarang calar sepanjang ujian dilakukan, walaupun cuba dicalarkan menggunakan pisau.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah Lumia 920 akan dilancarkan di Malaysia.

Komen