Cari @ Amanz

Pada era sosial masa kini, salah satu sokongan yang diminati ramai adalah kebolehan untuk berkongsi dengan pantas, dengan klik atau menekan satu butang sahaja. Dan mengambil perkara ini, setelah sekian lama, kini Facebook memperkenalkan butang Share pada web versi mudah-alih mereka.

Butang Share pada web versi mudah-alih merupakan salah satu perkara yang dinantikan sekian lama, dan mungkin dengan pengenalannya, kelak ia turut akan didatangkan pada aplikasi-aplikasi mudah-alih Facebook.

Seperti biasa, sokongan Share hanya akan diperlihatkan sekiranya pengguna yang berkongsi kemaskini tersebut menetapkannya sebagai Public, sekaligus menjaga privasi setiap pengguna.

Sebaik sahaja menekannya, pengguna akan dibawa kepada halaman khas, membolehkan anda menambah beberapa kata-kata, ataupun terus berkongsi melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd