Facebook boleh dikatakan sering bereksperimen dengan pelbagai perkara dalam usaha pengguna sentiasa melayari web mereka, dan terkini, untuk memudahkan para pengguna mengikuti pelbagai kemaskini daripada Facebook Pages yang di-Like, kini Facebook menyediakan sebuah halaman khas, dinamakan sebagai Pages Feed.
Melaluinya, ia membawakan kemaskini hanya daripada halaman Facebook Pages, dan memperlihatkannya secara rawak, tanpa sebarang pilihan untuk melihat kemaskini terbaru, dan sebagainya. Segala apa yang dipaparkan pada Pages Feed buat masa ini masih tidak dapat dikawal sepertimana pada News Feed, sekaligus menjadikan ia masih kurang berguna untuk pengguna.
Namun, sekiranya beberapa fungsi tambahan diperkenalkan, ia mungkin akan menjadi salah satu destinasi yang sering dilayari para pengguna, apatah lagi, ia pernah diperkatakan hanya sekitar 15% daripada pelbagai kemaskini yang diperlihatkan pada News Feed, dan bukan kesemuanya.
Bagi anda yang ingin melihat dan mencubanya sendiri, boleh ke halaman Pages Feed.