Kini, Terdapat Lebih 16,000 Aplikasi Di Windows Store

Kini, Terdapat Lebih 16,000 Aplikasi Di Windows Store

Diterbitkan pada November 15, 2012 oleh .

Walaupun Microsoft tidak mengeluarkan angka rasmi berkaitan dengan aplikasi di Windows Store, namun mengikut penganalisa pihak ketiga, kini terdapat hampir 16,000 aplikasi pada Windows Store yang sedia untukk digunakan pada Windows 8.

Daripada angka yang dikeluarkan, apa yang menariknya, ia kelihatan peningkatan angka aplikasi yang besar hadir daripada China, dimana kelihatan pembangun disana mula membangunkan banyak aplikasi untuk Windows 8.

Baru-baru ini juga, pihak Microsoft sendiri telah mengadakan acara WOWZapp diseluruh dunia dan memupuk para pelajar dan pembangun membangunkan aplikasi untuk Windows 8.

Sekiranya ia berterusan, mungkin kita akan melihat lebih 20,000 aplikasi diperkenalkan pada Windows 8 sebelum bulan Disember.


TIPS & ULASAN