Cari @ Amanz

Ketika pelancaran iPad Mini dan juga iPad 4 tempoh hari, salah satu peranti yang turut mendapat perhatian ramai adalah iMac baru yang lebih nipis daripada sebelumnya. Namun, ia masih belum mula dijual sehingga sekarang.

Mengikut ura-ura terbaru, ia diperkatakan penjualan iMac baru ini mungkin akan ditangguhkan kepada tahun hadapan, disebabkan pengeluaran yang masih tidak bersedia sepenuhnya.

iMac baru ini membawakan rekabentuk yang amat nipis, dimana mungkin salah satu sebab mengapa ia mengalami kelewatan pengeluaran dan sebagainya.

Buat masa ini, Apple masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya, dan sekiranya mengikut jadual awal, versi 21.5-inci dan 27-inci, masing-masing akan dilancarkan pada November dan Disember tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd