Cari @ Amanz

Bagi mereka yang masih tidak ingin menaik-taraf kepada Windows 8, tetapi ingin memberikan nafas baru kepada komputer dengan menggunakan antaramuka Windows 8, kini anda boleh memuat-turun Windows 8 Transformation Pack, dan menggunakan beberapa ciri-ciri yang dibawakan bersama-sama Windows 8 pada sistem operasi Windows 7 atau Vista anda.

Windows 8 Transformation Pack lebih memfokuskan kepada bahagian desktop, dimana dengan memasangnya, pengguna akan mendapat akses kepada Charm Bar, perubahan pada beberapa ikon, selain pengantian kepada Aero.

Untuk makluman, Windows 8 Transformation Pack menyertakan beberapa fail sistem, dan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih menarik kepada pengguna. Namun, sekiranya anda hanya inginkan antaramuka sahaja, pembangunnya turut sama menyediakan Windows 8 UX Pack untuk para pengguna.


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd