Cari @ Amanz

Mengunci skrin komputer pada komputer peribadi adalah salah satu perkara yang mudah, namun bagaimanakah sekiranya anda sedang bekerja untuk sesuatu tugasan menggunakan komputer yang dikongsikan ramai, dan perlu meninggalkannya untuk sementara?

Semestinya sekiranya kerja atau tugasan yang dilakukan adalah peribadi, anda ingin mengunci ia sebelum meninggalkannya. Dan untuk memudahkan perkara tersebut, salah satu aplikasi yang amat berguna adalah WinLock.

WinLock membolehkan anda mengunci sesuatu aplikasi, yang mana dikecilkan kepada bahagian taskbar, dan untuk membukannya, anda dikehendaki memasukkan kata laluan, seperti mana yang ditetapkan.

Sebaik sahaja anda selesai memasang WinLock, ia akan diaktifkan pada komputer anda, dimana anda boleh mengunci sebarang aplikasi terus ke taskbar dengan hanya menekan CTRL + Space. Untuk penggunaan kata laluan, ia ditetapkan sebagai 123, yang mana pengguna boleh mengubahnya pada tetingkap WinLock.

  • Amaran
  • Mengunci Explorer.exe (tetingkap pada Windows yang selalunya digunakan untuk melihat folder dan fail) akan membolehkan komputer anda menghadapi masalah, dan mungkin perlu dimulakan semula (turut boleh dimatikan melalui Task Manager).

Secara keseluruhannya, WinLock merupakan antara aplikasi ringkas yang amat berguna sekiranya anda ingin mengunci sementara fail dan dokumen anda, dan kemudiany mengaksesnya dengan memasukkan kata laluan yang ditetapkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd