Cari @ Amanz

Bagi para pengguna Windows Phone sedia ada, salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah kemaskini Windows Phone 7.8, yang mana bakal membawakan beberapa fungsi tambahan seumpama Windows Phone 8 yang diperkenalkan oleh Microsoft baru-baru ini.

Salah satu fungsi yang sedia diketahui akan hadir adalah sokongan kebolehan mengubah saiz Tiles pada skrin utama, dan menjadikan peranti Windows Phone anda lebih menarik lagi.

Disamping itu, melalui sebuah gambar slaid yang tertiris ke arena web, ia kelihatan Windows Phone 7.8 turut sama akan menyertakan sokongan untuk pilihan tema daripada lebih 20 warna berbeza, disamping mengubah skrin kunci dengan menambah info daripada Bing, CNN dan pelbagai aplikasi lain yang menyokongnya.

Windows Phone 7.8 turut dilihat akan membawakan sokongan untuk menggunakan fail MP3 sebagai nada dering, selain turut membolehkan perkongsian fail menggunakan Bluetooth padanya.

Pelayar web Internet Explorer juga dijangka akan menerima kemaskini, memberikan pelayaran yang lebih pantas dan selamat kepada para pengguna.

Tarikh pelancaran rasmi masih tidak diketahui buat masa ini, namun mengikut ura-ura awal ia dilaporkan akan diperkenalkan pada suku tahun pertama 2013 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd