Skype 4.1 Diperkenalkan Untuk Linux – Membawakan Integrasi Akaun Microsoft

Skype 4.1 Diperkenalkan Untuk Linux – Membawakan Integrasi Akaun Microsoft

Diterbitkan pada November 15, 2012 oleh .

Skype untuk Windows dan juga Mac baru-baru ini telah pun memperkenalkan sokongan integrasi akaun Microsoft padanya, dan kini, pengguna Linux turut sama dapat menikmatinya, melalui Skype untuk Linux 4.1 yang sedia untuk dimuat-turun hari ini.

Perubahan ketara pada Skype 4.1 untuk Linux ini adalah integrasi akaun Microsoft, membolehkan para pengguna bersembang dengan rakan-rakan daripada Live Messenger dan juga Skype dengan mudah. Ini adalah lanjutan daripada Microsoft yang telah mengumumkan mereka akan mematikan perkhidmatan Windows Live Messenger, dan mengintegrasikan pada Skype.

Selain daripada itu, antaramuka untuk Skype juga menerima kemaskini kecil berbanding sebelum-sebelum ini. Bagi pengguna Linux, anda boleh mendapatkan Skype untuk Linux ini secara terus daripada halaman rasmi Skype.

Muat-Turun Skype 4.1 untuk Linux


TIPS & ULASAN