StarCraft 2 – Heart of Swarm Pada 11 Mac 2013

StarCraft 2 – Heart of Swarm Pada 11 Mac 2013

Diterbitkan pada November 16, 2012 oleh .

Bagi para peminat permainan berbentuk strategi, semestinya salah satu permainan yang tidak boleh dilepaskan adalah StarCraft, dan untuk siri StarCraft II, Blizzard bakal melancarkan Heart of the Swarm secara rasminya pada 11 Mac 2013 kelak.

Heart of Swarm merupakan siri kedua daripada trilogi StarCraft II, yang mana akan menyertakan beberapa unit tambahan, dan beberapa perubahan berbanding Wings of Liberty yang telah dilancarkan sebelum ini. Permainan strategi ini bakal menyertakan sebanyak lebih kurang 20 misi untuk dimainkan, dan mengambil latar masa dua tahun selepas episod sebelumnya.

Mengikut Lowyat.net, harga jualan versi standard kelak adalah RM125 untuk versi fizikal, dan boleh ditempah bermula daripada 10 Disember kelak.


TIPS & ULASAN