Facebook Memperkenalkan Butang Share Pada Aplikasi iOS Dan Android

Facebook Memperkenalkan Butang Share Pada Aplikasi iOS Dan Android

Diterbitkan pada November 16, 2012 oleh .

Selepas memperkenalkan sokongan Share pada Facebook Mobile semalam, hari ini, Facebook secara rasminya mengumumkan sokongan tersebut, sekaligus memperkenalkan kemaskini aplikasi Android dan iOS yang turut sama menyertakan fungsi yang dinantikan ramai itu.

Dengan butang Share, kini para pengguna dengan mudah boleh berkongsi sebarang kemaskini menarik bersama-sama yang lain, tanpa perlu melalui pelbagai proses sukar seperti sebelumnya. Untuk berkongsi, para pengguna hanya perlu menekan butang Share, dan seterusnya sebuah pilihan baru akan diperlihatkan, membolehkan anda menambah sebarang teks padanya.

Sebagai tambahan, untuk pengguna iOS pula, ia turut menyertakan sokongan Emoji, membolehkan pengguna menambah ikon animasi pada mesej dan Chat mereka. Mungkin ia juga memberikan petanda sokongan pada komen turut akan hadir pada peranti mudah-alih tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN