Google Maps Untuk iOS Kini Dalam Ujian

Google Maps Untuk iOS Kini Dalam Ujian

Diterbitkan pada November 16, 2012 oleh .

Wall Street Journal, hari ini melaporkan yang mana Google telah pun mula menguji aplikasi pemetaan mereka untuk iOS, dan sedang dalam fasa terakhir sebelum ia dihantar untuk pengesahan daripada Apple di AppStore.

Ia dilaporkan yang mana aplikasi pemetaan Google untuk iOS ini kelak akan menyertakan sokongan navigasi turn-by-turn, membolehkan pengguna menggunakannya sebagai GPS ketika bergerak. Sekiranya ia membawakan pelbagai fungsi menarik, semestinya kita akan dapat melihat Google Maps mendapat perhatian ramai pengguna, apatah lagi dengan data pada Google Maps yang lebih lengkap berbanding Apple Maps.

Selain daripada Google, Nokia juga baru-baru ini telah mengumumkan sokongan aplikasi HERE untuk iOS. Walaupun ia masih tidak diketahui sama ada kedua-duanya akan melepasi pengesahan AppStore ataupun tidak, tetapi, semestinya perkembangan ini akan mengembirakan para pengguna iOS secara keseluruhan.


TIPS & ULASAN