Carian
Firefox OS Diperkenalkan Dalam Bentuk Add-On Untuk Firefox
November 16, 2012 Aman

Firefox OS adalah sistem operasi mudah-alih berasaskan HTML5 yang sedang dibangunkan oleh Mozilla, dan bakal dilancarkan bersama-sama peranti daripada ZTE dan lain-lain pada awal tahun hadapan.

Versi pembangunannya telah pun sedia untuk diakses kepada pengguna umum sejak awal sebelum ini. Namun untuk menggunakannya, ia memerlukan melalui beberapa langkah sebelum dapat digunakan.

Tetapi, kini, pengguna tidak lagi perlu melalui pelbagai proses sukar, dimana pihak Mozilla sendiri menyediakannya dalam bentuk add-on untuk Firefox, membolehkan sesiapa sahaja memasangnya pada pelayar web Firefox mereka dengan hanya satu klik, dan mengujinya sendiri dengan mudah.

Namun, ia kelihatan memakan penggunaan CPU dan memori yang agak tinggi apabila dijalankan pada awalnya, dan saiz add-on juga sedikit besar berbanding kebiasaan.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya untuk pelayar web Firefox hari ini, dan mencuba sendiri FirefoxOS yang sedang dibangunkan oleh Mozilla.

Komen