Cari @ Amanz

Twitter Mengumumkan Sokongan Perkongsian Tweet Melalui Emel

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya, kini Twitter membawakan perkongsian setapak kehadapan lagi, dengan mengumumkan fungsi perkongsian baru, membolehkan para pengguna berkongsi sesuatu Tweet bersama-sama rakan mereka terus melalui emel.

Melalui fungsi baru ini kelak, pengguna boleh dengan mudah berkongsi sesuatu Tweet dan menghantarnya ia melalui emel kepada rakan-rakan mereka. Ia amat berguna sekiranya anda ingin berkongsi sesuatu berita semasa dengan rakan-rakan anda yang tidak mempunyai akaun Twitter.

Butang perkongsian melalui emel ini akan disertakan oleh Twitter pada bahagian sama dimana ia meletakkan butang ReTweet, Favourite dan lain-lain.

Fungsi baru ini bakal diperkenalkan secara berperingkat oleh Twitter dalam beberapa minggu lagi.


Komen ()