Cari @ Amanz

Salah satu plugin ataupun add-on yang popular dikalangan pengguna Chrome dan juga Firefox adalah Adblock Plus, dan kini, ia turut sama diperkenalkan secara rasmi untuk para pengguna Opera.

Adblock Plus ini membolehkan para pengguna untuk mematikan iklan di beberapa laman web yang mana membawakan pengiklanan dalam bentuk menganggu. Namun, seperti kebanyakkan yang lain, ia turut sama boleh dimatikan pada laman web kegemaran anda.

Memandangkan ia masih baru, beberapa fungsi, seperti mengatasi iklan di YouTube mahupun Facebook seperti tidak disokong sepenuhnya, dan mungkin akan dikemaskini pada versi akan datang.

Bagi para pengguna pelayar web Opera yang berminat, anda boleh mendapatkan ia secara percuma daripada laman rasmi Opera hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd