IE10 lebih baik banding Safari 5.1
Dengan pelancaran Internet Explorer 10 Preview, salah satu perkara yang diperkatakan adalah mengenai kepantasan pelayar webnya yang mendahului yang lain, dan kini, melalui ujian yang dikendalikan CrossBrowserBook, ia kelihatan walaupun IE10 agak pantas, namun Chrome masih mengekalkan kedudukannya ditangga pertama.
Sebanyak tiga ujian dikendalikan oleh mereka, melibatkan ujian SunSpider, Octane dan juga HTML5. Daripada keputusannya, ia memperlihatkan IE10 mendahului semua pelayar web dari segi ujian SunSpider, namun Chrome 23 menewaskannya dan mendahului yang lain jauh dihadapan pada ujian Octane dan juga HTML5.
Daripadanya, ia memperlihatkan yang mana Internet Explorer 10 membawakan peningkatan dari segi JavaScript, manakala dari segi sokongan HTML5 dan sebagainya, ia masih tidak menyeluruh seperti pelayar web yang lain.
Mungkin pihak Microsoft boleh mengatasinya dengan memperkenalkan kemaskini pelayar web yang lebih pantas seperti mana yang diimplementasikan oleh Chrome dan juga Mozilla akhir-akhir ini.