Cari @ Amanz

Pada Windows 8, carian aplikasi “Manga” menghasilkan pelbagai jenis keputusan, yang mana kebanyakkannya memfokuskan kepada sesuatu siri individiu. Tetapi bagaimana sekiranyan anda ingin menguruskan kesemua manga kegemaran melalui satu aplikasi? Untuknya, aplikasi Manga Z pada Windows 8 amat berguna.

Manga Z merupakan salah satu aplikasi yang menawarkan pembacaan siri manga dengan mudah, dimana ia bergantung kepada dua sumber utama, daripada MangaHere dan juga MangaFox.

Daripada halaman utama Manga Z, ia menyusun senarai manga mengikut kegemaran ramai, dimana butang carian turut disertakan, membolehkan anda membuat carian manga kegemaran, dan membacanya dengan mudah padanya.

Untuk versi percuma, ia tidak membenarkan para pengguna untuk memuat-turun siri manga dengan hanya satu klik, sebaliknya menawarkan kebolehan untuk memuat-turun satu-satu episod (bab) dengan mudah untuk dibaca secara offline.

Pembangunnya juga turut menyediakan versi berbayar, menawarkan beberapa fungsi tambahan seperti muat-turun tanpa had, bebas iklan, dan kebolehan memuat-turun keseluruhan siri dengan hanya satu klik.

Bagi anda yang menggunakan Windows 8, dan berminat dengan manga, mungkin boleh mencubanya hari ini pada komputer anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd