Cari @ Amanz

Bilakah kali terakhir anda menggunakan pondok telefon?Suatu ketika dahulu, pondok telefon sering dipenuhi orang, dan kadang-kala perlu beratur untuk membuat panggilan. Kini, tidak lagi, dengan telefon mudah-alih yang dimiliki oleh hampir semua orang, menjadikan komunikasi sesama manusia, tanpa mengira jarak amat mudah, dan pada kadar kos yang lebih rendah berbanding sebelumnya.

Jikalau melihat kepada sejarah peranti mudah-alih, ia bermula sejak daripada 1938 lagi, dimana pada ketika itu, komunikasi melalui radio digunakan, dan lebih kepada peranti berupa seperti walkie-talkie, dan pada ketika itu, memandangkan masih awal lagi, maka peranti mudah-alih yang dikeluarkan adalah agak berat, dan tidak seperti sekarang.

Namun, sekiranya dilihat daripada evolusi dan sejarah telefon bimbit, ia bermula sekitar tahun 1973, dengan Motorola yang menjadi awal, hadir dengan prototaip berfungsi yang dipanggil sebagai DynaTAC.


Model : Motorola DynaTAC 8000X oleh NealBuerger.com

.. prototaip pertama Motorola DynaTAC dibangunkan dalam tempoh enam mingguSebelum Motorola hadir dengan peranti selular pertama mereka, Motorola telah pun sedia terkenal dengan peranti radio mereka, dan mempunyai kepakaran pada mudah-alih.

Apa yang menariknya adalah dimana prototaip pertama mereka dibangunkan dalam tempoh enam minggu, dan mereka hadir dengan pelbagai jenis rekabentuk, sebelum mereka memilih rekabentuk akhir DynaTAC.

Ia mengambil masa sehingga 10 tahun sebelum DynaTAC dikomersialkan, dan dijual kepada umum. Pada ketika itu, Motorola DynaTAC dijual pada harga sekitar $4000, dan hanya menggunakan talian analog 1G padanya, yang mana hanya menyokong panggilan sahaja ketika itu.

Pada tahun 1992, talian 2G mula diimplementasikan pada telefon mudah-alih, dimana beberapa peranti hadir ketika itu, salah satunya adalah Nokia 1011. Nokia 1011 adalah telefon bimbit pertama yang membawakan sokongan sistem GSM baru, membolehkan komunikasi dilakukan dengan lebih selamat, tanpa sebarang gangguan penerimaan (seperti salah panggilan, ataupun mendengar panggilan orang lain tanpa sengaja).

Selain Nokia, Motorola juga hadir dengan Motorola International 3200 pada tahun yang sama, yang mana menggunakan teknologi serupa.

  • Info
  • Tahun 1992 juga turut sama menyaksikan penghantaran SMS yang pertama menggunakan telefon bimbit, hasil daripada penggunaan rangkaian 2G.

Pada penghujung tahun 1992, IBM hadir dengan prototaip untuk personal communicator, yang mana menggunakan nama kod “Angler”, sebelum diperkenalkan kepada umum pada penghujung tahun 1993 sebagai IBM Simon. Walaupun dipanggil sebagai personal communicator, IBM Simon ini boleh dianggap sebagai telefon pintar pertama yang diperkenalkan.

IBM Simon ini membawakan beberapa fungsi tambahan selain daripada membuat & menerima panggilan, menghantar & menerima mesej, Simon juga turut membolehkan pengguna menerima faks, emel, serta menyertakan beberapa aplikasi tambahan seperti buku alamat, kalendar, kalkulator, note pad. Ia turut menyertakan sokonga n input menggunakan stylus padanya.

Rekabentuk telefon mudah-alih terus berkembang dari tahun ke tahun, dimana pada tahun 1996, Motorola hadir dengan rekabentuk telefon boleh lipat (calmshell) pertama melalui peranti mereka yang dikenali sebagai Motorola StartTac.

Jikalau IBM menawarkan Simon sebagai personal communicator, Nokia turut sama tidak ingin ketinggalan, dimana pada tahun 1996, mereka turut sama memperkenalkan Nokia 9000 Communicator, yang mana dijana menggunakan cip pemprosesan Intel 24MHz i386 dan memori sebanyak 8MB.

Nokia 9000 Communicator turut sama membawakan papan kekunci penuh QWERTY yang pertama pada telefon mudah-alih, selain turut dilengkapi dengan skrin LCD padanya.

Dengan fungsi kegunaan yang lebih kurang sama, rekabentuk memainkan peranan utama pada telefon bimbit ketika itu, dimana Nokia 5110 hadir dengan rekabentuk yang agak menarik, serta kebolehan mengubah kerangka luar mengikut warna kegemaran masing-masing. Nokia 5110 turut sama menyertakan permainan popular pada telefon bimbit, iaitu “Snake”, dan menjadi antara telefon bimbit yang popular pada tahun 1998.

  • Info
  • BlogSerius : Philippe Kahn hadir dengan telefon berkamera pertama

  • Info
  • Pada tahun 1998, teknologi Bluetooth turut diperkenalkan kepada pasaran, memudahkan penggunaan hands-free

Selain daripada Nokia 5110, Nokia juga turut hadir dengan Nokia 8810 pada tahun 1998 yang mana menyertakan antenna panggilan secara dalaman, serta membawakan beberapa rekabentuk menarik, termasuk penutup papan kekunci boleh luncur.

1999 menyaksikan pengenalan Nokia 3210 diperkenalkan untuk pasaran, dimana menjadi salah satu telefon bimbit popular didunia. Ia dikatakan telah terjual sebanyak lebih 160 juta unit seluruh dunia, dan merupakan antara peranti yang ditujukan khas untuk golongan muda.

Pada tahun yang sama, Nokia turut memperkenalkan sokongan WAP (Wireless Application Protocol) pada peranti mereka, Nokia 7110, sekaligus menjadikan telefon bimbit pertama yang menyertakan sokongan untuk pengguna melayari web mudah-alih padanya, serta menjadi antara langkah terawal untuk internet mudah-alih hari ini.

  • Info
  • BlackBerry 850 dilancarkan pada tahun 1999

Selain daripada WAP, sokongan geolokasi turut diintegrasikan pada telefon mudah-alih pada tahun yang sama, dimana GeoSentric memperkenalkan telefon mereka, Benefon Esc yang mana membawakan integrasi GPS pada telefon mudah-alih.

Di Jepun, pada tahun 1999, Kyocera Visual phone menjadi antara yang terawal membawakan kamera terbina padanya, namun direkabentuk sebagai telefon video peer-to-peer, sebelum pada tahun 2000, Sharp hadir dengan telefon kamera mereka pertama, J-SH04. Ia didatangkan bersama-sama kamera 0.1-megapixel, dan menjadi permulaan untuk MMS.

Dari segi telefon bimbit dengan kamera, selain daripada kisah Phillipe Kahn, ia kelihatan Samsung menjadi yang pertama memperkenalkan integrasi telefon bimbit dengan kamera dan memperkenalkan telefon mereka beberapa bulan sebelum Sharp hadir dengan J-SH04, yang mana telefon Samsung, SCH-V200 yang diperkenalkan sekitar Julai 2000 itu hanya menggunakan kamera VGA padanya.

Tahun 2000 juga merupakan antara zaman kegemilangan Nokia, dengan peranti paling popular mereka, dimana masih disebut sehingga ke hari ini, Nokia 3310. Ia telah diperkenalkan pada suku tahun ke-empat 2000, yang mana menjadi ganti kepada Nokia 3210. Nokia 3310 pada ketika itu hadir dengan beberapa fungsi menarik, termasuk kalkulator, sokongan voice dialing, beberapa permainan terbina, dan sebagainya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd