500px Memperkenalkan Sokongan Perlesenan Creative Commons

500px Memperkenalkan Sokongan Perlesenan Creative Commons

Diterbitkan pada November 17, 2012 oleh .

Penggunaan perlesenan Creative Commons pada kandungan digital boleh dikatakan agak popular di beberapa laman, termasuk SoundCloud, YouTube dan juga Flickr. Kini 500px turut sama menambah sokongan perlesenan tersebut, sekaligus memberikan sokongan perlesenan yang diminati sesetengah pihak.

Bagi yang tidak mengenali 500px, ia merupakan salah satu laman perkongsian gambar yang semakin popular dari hari ke hari, dimana turut digunakan oleh para jurugambar dalam berkongsi rakaman mereka, disamping menjual hasil karya melalui laman tersebut.

Dan mungkin kadangkala ada jurugambar yang hanya sekadar ingin berkongsi beberapa gambar yang dirakamkan atas dasar hobi, tanpa inginkan sebarang wang untuknya, dan bagi mereka, sokongan perlesenan Creative Commons diperkenalkan.

Untuk gambar yang dilesenkan dibawah Creative Commons, gambar tersebut boleh dimuat-turun oleh sesiapa sahaja, tanpa perlu membelinya, dan menggunakannya mengikut tetapan lesen berkenaan.

Layari : 500px Creative Commons


TIPS & ULASAN