Windows Phone 7.8 Telah Mencapai Fasa RTM – Bakal Hadir Dalam Beberapa Minggu

Windows Phone 7.8 Telah Mencapai Fasa RTM – Bakal Hadir Dalam Beberapa Minggu

Diterbitkan pada November 17, 2012 oleh .

Nokia dan Microsoft telah pun mengadakan acara khas untuk pembangun memfokuskan kepada pembangunan Windows Phone di Singapura hari ini, dan salah satu berita menarik yang dikongsikan melaluinya adalah dimana ia dikatakan Windows Phone 7.8 telah pun mencapai fasa RTM pada minggu ini.

Ia turut diperkatakan kemaskini Windows Phone 7.8 bakal hadir untuk peranti dalam jangka masa beberapa hari atau minggu lagi, dan bukannya pada awal 2013 seperti sebelum ini.

Walaupun fungsi penuh yang didatangkan pada Windows Phone 7.8 masih tidak diketahui lagi, namun daripada apa yang dikongsikan, ia diperkatakan Windows Phoen 7.8 tidak akan menerima IE10 padanya, memandangkan ia tidak menyokong hardware acceleration yang diperlukan.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut daripada pihak Microsoft berkenaan Windows Phone 7.8 dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN