Research In Motion boleh dikatakan perhatian yang agak serius untuk para pembangun sejak daripada pengumuman BlackBerry 10 sebelum ini, selain menyediakan mereka dengan peranti prototaip ujian. Dan ini semua dijangka akan memberikan faedah kepada RIM, dengan mereka mensasarkan lebih 100,000 aplikasi bakal tersedia ketika pelancaran platform BlackBerry 10 kelak.
Ketika pengumuman di BlackBerry Jam baru-baru ini, mereka turut berkongsi beberapa nama besar yang bakal membangunkan permainan untuk platform mereka, termasuk Gameloft yang dijangka akan memperkenalkan lebih 11 permainan untuk BlackBerry 10.
Pada masa yang sama, RIM juga mensasarkan untuk menyediakan antara 200 hingga 400 aplikasi popular untuk sesuatu kategori, sekaligus memudahkan mereka yang ingin mendapatkan peranti BlackBerry 10 menggunakannya tanpa sebarang masalah.