Cari @ Amanz

Berbeza dengan dunia telefon pintar dan tablet, dunia pembangunan konsol mengambil masa yang agak lama, dan perkara ini menjadikan para pemain seluruh dunia ternanti-nanti akan kejutan daripada Microsoft mahupun Sony untuk konsol generasi baru mereka.

Sehingga kini, bagaimanakah ia akan kelihatan masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun, ia tidak menghentikan untuk penerbit majalah Xbox World hadir dengan gambaran Xbox generasi akan datang, hasil daripada pelbagai laporan dan ura-ura yang kedengaran sebelum ini.

Daripada majalah tersebut, apa yang diperkatakan adalah termasuk Xbox generasi akan datang dengan nama kod “Durango” ini bakal menyertakan sokongan pemain cakera Blu-ray, memperkenalkan Kinect generasi kedua, selain turut didatangkan dengan cipset empat-teras (dengan 16 teras logikal) dan menggunakan memori sebanyak 8GB RAM.

Microsoft diperkatakan akan memperkenalkannya pada E3 di bulan Jun 2013.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd