(Ura-Ura) Mac OS X 10.9 Akan Dikenali Sebagai LYNX?

(Ura-Ura) Mac OS X 10.9 Akan Dikenali Sebagai LYNX?

Diterbitkan pada November 18, 2012 oleh .

Dengan pelancaran Mountain Lion tempoh hari, semestinya ramai yang ternanti-nanti akan apakah yang bakal dibawakan oleh Apple melalui sistem operasi generasi baru mereka. Kini, ura-ura awal hadir mengenai nama sistem operasi generasi baru daripada Apple kelak.

Mengikut laporan daripada AppleScoop, ia diperkatakan OS X 10.9 kelak akan dikenali dengan nama Lynx, sekaligus menjangkakan ia akan diumumkan pada WWDC 2013 kelak.

Perkara ini tidak diketahui kesahihannya, namun, mengikut perbincangan ramai di Quora, ia kelihatan Lynx mungkin salah satu nama yang baik untuk OS X yang mana memfokuskan kepada integrasi internet dan perkomputeran awan.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Apple mengenai sistem operasi generasi baru mereka kelak.


TIPS & ULASAN