Parti PAS Melancarkan Aplikasi Android – Touch-n-Get

Parti PAS Melancarkan Aplikasi Android – Touch-n-Get

Diterbitkan pada November 19, 2012 oleh .

Dengan dunia teknologi yang semakin berkembang pesat, parti politik di Malaysia nampaknya tidak ketinggalan dalam mendekati para pengguna tempatan melalui pelbagai medium, dan terkini Parti Islam SeMalaysia (PAS) memperkenalkan aplikasi Android rasmi mereka – Touch n Get.

Aplikasi ini masih tidak dimuat-naik ke Google Play Store buat masa ini, dan memerlukan pengguna memuat-turun fail APK dan memasangnya secara manual pada peranti mereka.

Daripada penggunaan kami, ia kelihatan aplikasi Android daripada PAS ini masih mempunyai pelbagai kekurangan padanya, dan memerlukan pengguna untuk mempunyai akses internet untuk melihat kandungan utama aplikasi berkenaan seperti sejarah PAS, info semasa, dan sebagainya, walaupun pada saiz aplikasinya sekitar 10MB.

Namun, untuk beberapa info tambahan yang ditawarkan oleh aplikasi berkenaan, seperti doa-doa harian, hadith Arbaín, Al-Mathurat dan sebagainya, akses internet tidak diperlukan. Selain daripada itu, ia juga kelihatan butang Home yang disertakan pada aplikasi berkenaan tidak berfungsi sepenuhnya, dan tidak membawa pengguna ke halaman utama.

Mungkin juga pembangunnya boleh memberikan sedikit perhatian kepada antaramuka aplikasi berkenaan, serta menjadikan tulisan yang dipaparkan sedikit besar supaya lebih mudah dibaca pada skrin peranti mudah-alih.

Secara keseluruhannya, ia kelihatan parti politik tempatan mula memfokuskan ke arena teknologi, dimana selain memfokuskan kepada blog dan laman sosial sebelum ini, kini mereka turut mula menawarkan aplikasi khas untuk para penyokong mereka.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, mungkin boleh memuat-turun dan mencubanya sendiri pada peranti anda hari ini.

Muat-Turun Fail APK untuk Aplikasi PAS Touch-n-Get


TIPS & ULASAN