Bing kini menjana Facebook dan Yahoo!
Facebook boleh dikatakan mempunyai pelbagai keupayaan dalam bidang enjin carian, dimana dengan penggunaan butang Like yang menyeluruh dikebanyakkan web, dan kebolehan mereka menawarkan hasil carian yang dioptimasikan untuk setiap pengguna.
Facebook dan enjin carian telah diperkatakan sejak sebelum ini, dan mengikut ura-ura terbaru, ia diperkatakan Yahoo! dan Facebook sedang dalam perbincangan, dan mungkin kelak Yahoo! akan menawarkan teknologinya untuk laman sosial popular tersebut.
Bagaimanakah ia akan berfungsi kelak masih tidak diketahui sepenuhnya, memandangkan kini Bing menjana kedua-dua web popular tersebut, iaitu Yahoo! dan juga Bing.
Namun, ketika Yahoo! menggunakan teknologi mereka tersendiri suatu ketika dahulu, ia merupakan antara enjin carian yang popular, dibelakang Google, dan mendahului Microsoft ketika itu.