Cari @ Amanz

Pada Windows 8, ia menyertakan dua bahagian penggunaan komputer, iaitu skrin permulaan yang membawakan antaramuka serba baru (Metro?), serta antaramuka desktop klasik yang terdapat pada pelbagai versi sistem operasi Windows.

Setiap kali anda log masuk ke sistem operasi Windows, ia akan membawakan pengguna kepada skrin permulaan, yang mana mungkin tidak digemari oleh ramai pengguna, dan mungkin anda ingin mengakses terus kepada antaramuka desktop selepas log masuk.

Kini, dengan mudah anda boleh lakukannya melalui aplikasi Skip Metro Suite untuk Windows 8. Melaluinya, ia memudahkan pengguna untuk mengubah beberapa tetapan pada Windows 8, termasuk menyertakan pilihan untuk mengakses terus ke desktop selepas log masuk.

Sebaik sahaja anda mengubah tetapan menggunakan aplikasi ringkas ini, kali berikutnya anda log masuk ke Windows 8, ia akan terus membawa anda kepada paparan desktop klasik, sekaligus menjadikan ia lebih pantas untuk anda membuat kerja dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd