Carian
Ubah Gambar Anda Kepada Lukisan Menggunakan Lazy Paint (Windows 8)
November 19, 2012 Aman

Pada Windows 8, terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan anda mengubah gambar ke dalam bentuk lukisan ataupun lakaran, dan terbaru adalah aplikasi yang dinamakan sebagai Lazy Paint.

Lazy Paint ini ditawarakan secara percuma pada Windows Store, dimana ia didatangkan dengan beberapa tetapan lukisan, membolehkan anda mengubah gambar sedia ada, ataupun merakamkan gambar baru terus melalui kamera komputer anda. Seterusnya, anda boleh memilih berus kegemaran dan cara lukisan yang diminati, dan menggunakannya pada gambar anda.

Daripada hasil yang kami uji sendiri, ia kelihatan gambar yang dihasilkan agak menarik, dan serba sebanyak menyerupai lukisan sebenar. Pengguna juga boleh memilih lebih daripada satu jenis berus lukisan dan menggunakannya pada gambar rakaman mereka.

Komen