Cari @ Amanz

Bagi mereka yang berminat dengan perkembangan semasa kereta dan juga automotif, semestinya salah satu rancangan yang tidak boleh dilepaskan adalah Top Gear. Dan khas untuk pengguna Windows 8, kini BBC turut sama memperkenalkan aplikasi rasmi rancangan tersebut di Windows Store.

Daripada aplikasi Top Gear yang kini boleh dimuat-turun daripada Windows Store, para pengguna boleh mengikuti pelbagai perkembangan semasa dari berita, ulasan, sehinggalah galeri gambar kereta dan juga video berkenaan dunia automotif dan kenderaan beroda.

Memandangkan ianya menggunakan konsep antaramuka Windows 8 (Metro), maka sokongan perkongsian sosial juga turut disertakan untuk memudahkan anda berkongsi berita dengan rakan-rakan anda yang lain.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Windows Store hari ini, dan tidak lagi ketinggalan dalam mengikuti sebarang perkembangan dunia automotif.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd