Cari @ Amanz

Mengikut angka yang dikeluarkan oleh AppsFire, hari ini merupakan antara hari bersejarah untuk Apple, dimana sebanyak 1 juta aplikasi telah disahkan pada AppStore sejak ia dilancarkan pada bulan Julai 2008 yang lepas.

Namun, ia bukanlah bilangan aplikasi yang terdapat pada AppStore, sebaliknya merupakan bilangan aplikasi yang telah disahkan dan pernah diterbitkan padanya. Memandangkan terdapat beberapa aplikasi yang dibuang oleh pembangun setelah ia diterbitkan, serta disebabkan perkara yang lain, maka bilangan aplikasi yang terdapat dan boleh diakses adalah berbeza dengan bilangan aplikasi yang pernah diterbitkan secara keseluruhannya.

Kali terakhir Apple mengeluarkan angka rasmi adalah ketika pelancaran iPad Mini, dimana sebanyak 700,000 aplikasi terdapat di AppStore yang sedia dipasang oleh para pengguna seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd