Cari @ Amanz

Bagi para pengguna iOS yang gemarkan permainan bercorak lumba, khas untuk hari ini, Gameloft menawarkan permainan Asphalt 7 : Heat secara percuma untuk para pengguna iOS, yang mana boleh dimuat-turun terus melalui AppStore tanpa sebarang bayaran seperti kebiasaan.

Permainan bercorak perlumbaan ini bersaiz sebesar 1.2Gb, dan sesuai untuk dimainkan pada peranti yang menggunakan iOS 4.3 dan yang terkini. Ia turut dioptimasikan untuk skrin iPhone 5 yang bersaiz sekitar 4-inci. Selain daripada iPhone, ia juga turut boleh dimainkan pada iPad tanpa sebarang masalah.

Sekiranya anda merupakan pengguna iOS, mungkin boleh memuat-turun permainan Asphalt 7 : Heat untuk peranti anda, dan mencubanya sendiri sementara ianya percuma sepanjang hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd