Harga rasmi jualan iPad Mini di Malaysia masih tidak diketahui lagi buat masa ini, namun ia tidak menghentikan beberapa penjual peranti menawarkannya, termasuk terkini adalah Lazada Malaysia, yang mana menawarkannya pada harga bermula RM1399 untuk versi 16GB WiFi.
Lazada Malaysia kelihatan menawarkan beberapa variasi dengan pilihan warna hitam dan putih. Daripada apa yang dilihat, versi 16GB WiFi ditawarkan pada harga RM1399, 32GB WiFi pada harga RM1699, 16GB WiFI + 4G pada harga RM1899, dan versi 32GB WiFi + 4G pada harga RM2199.
Berkemungkinan harga yang dijual ini bukanlah harga rasmi, yang mana ramai menjangkakan akan berharga lebih murah lagi. Namun, bagi mereka yang berani untuk mendapatkan daripada Lazada, mungkin boleh mendapatkannya, dan menjadi antara yang terawal menggunakan di Malaysia.
- Kami menerima pelbagai maklumbalas berbeza berkenaan Lazada. Untuk keselamatan, mungkin anda boleh memilih pembayaran ketika penerimaan untuk pembelian anda.
TIPS DARIPADA AKIM