Penggunaan HTTPS pada Facebook telah pun sekian lama diperkenalkan, tetapi memerlukan para pengguna mengaktifkannya secara manual. Kini, ia berubah, apabila pihak Facebook sendiri nampaknya telah mula mengaktifkan sokongan tersebut untuk semua pengguna, sekaligus menawarkan penggunaan laman sosial mereka yang lebih selamat.
Penggunaan HTTPS pada laman sosial tersebut membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan Facebook tanpa risau ia digodam, lebih-lebih lagi ketika menggunakan rangkaian internet awam, terutamanya WiFi percuma yang ditawarkan di kedai makan dan sebagainya.
Facebook dijangka akan mengaktifkannya untuk semua secara berperingkat bermula minggu ini, dan bagi sesiapa yang ingin mengaktifkannya secara manual, boleh melakukannya pada halaman tetapan di Facebook.