Cari @ Amanz

Permainan AMOK yang dibangunkan oleh Terato Tech adalah salah satu permainan yang dinantikan ramai pengguna tempatan, dan akhirnya, kini kelihatan ia telah sedia dan boleh dimuat-turun oleh pengguna peranti iOS, secara percuma daripada AppStore.

[amanz-gallery]

AMOK membawakan permainan aksi berbentuk 2D, dimana para pemain diberikan pilihan untuk memainkan watak Jebat, Damak ataupun Teja, yang mana masing-masing mempunyai kelebihan mereka tersendiri. Dalam permainan ini, pelbagai tahap disediakan dengan 10 latar tempat berbeza, dan pemain perlu menewaskan musuh-musuh mereka yang mempunyai kuasa berbeza-beza.

Sepanjang permainan juga, kelihatan beberapa info-info ringkas berkenaan era Melaka diperlihatkan pada permainan AMOK ini, sekaligus membolehkan pemain mempelajari sesuatu yang baru ketika memainkannya.

Bagi para pengguna peranti iOS yang berminat, boleh mendapatkannya secara percuma daripada AppStore hari ini. Permainan ini dioptimasikan untuk skrin iPhone dan juga iPad.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd