Cari @ Amanz

Gemarkan permainan yang ringan-ringan berbentuk perlumbaan, disamping mengambil kira beberapa elemen termasuk fizik dan sebagainya? Maka mungkin permainan Hill Climb Racing boleh dimuat-turun oleh anda pada peranti Android dan iOS hari ini.

Hill Climb Racing merupakan permainan berbentuk perlumbaan yang mengambil lokasi di kawasan bukit-bukau, sekaligus memerlukan pemain mengawal minyak dan sebagainya mengikut kawasan dan sebagainya. Pada masa yang sama juga, pemain boleh menaik-taraf kenderaan mereka melalui mata yang dikumpulkan pada permainan.

Disamping itu, para pemain juga perlu mengawal minyak dan memastikan ia tidak kehabisan ketika memandu. Walaupun dari segi grafik ia kelihatan agak “kurang” sedikit, namun ia memberikan nilai permainan yang tinggi, apatah lagi ia ditawarkan secara percuma. Sekiranya anda menggunakan peranti Android atau iOS, boleh mendapatkannya secara percuma daripada Google Play Store dan AppStore hari ini.


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd