Perkhidmatan Opera WebPass Kini Boleh Digunakan Oleh Pengguna DiGi

Perkhidmatan Opera WebPass Kini Boleh Digunakan Oleh Pengguna DiGi

Diterbitkan pada November 20, 2012 oleh .

Ingatkah lagi dengan Opera WebPass yang diperkenalkan sebelum ini? Kini nampaknya pihak DiGi telah pun mula mengaktifkan perkhidmatan tersebut, menawarkan beberapa pilihan khas untuk pengguna tempatan.

Opera WebPass diperkenalkan khas untuk mereka yang tidak melanggan pelan data, dimana mereka boleh hanya membuka pelayar web Opera Mini, kemudiannya memilih pelan kegemaran mereka sebelum memulakan pelayaran web menggunakannya. Berbeza dengan kebiasaan, tidak lagi memerlukan pengguna menantikan mesej pengaktifan dan sebagainya untuknya. Memandangkan ia menggunakan Opera Mini sebagai medium pengaktifan, maka pengguna terlebih dahulu memerlukan Opera Mini terpasang pada peranti mereka.

DiGi menawarkan empat pelan berbeza, dimana pelan pelayaran internet selama sejam pada harga RM1, pelan pelayaran internet selama sehari pada harga RM2, pelan Facebook selama sejam pada harga RM0.50 da juga pelan Facebook sehari pada harga RM1.

DiGi merupakan syarikat telekomunikasi pertama di dunia yang menggunakan perkhidmatan Opera WebPass, dan kedua-dua syarikat ini dijangka akan terus bekerjasama dalam memperkenalkan pelbagai perkara baru kepada pengguna tempatan.


TIPS & ULASAN