Cari @ Amanz

Seperti kebiasaan, pihak Mozilla akan memuat-naik versi akhir ke pelayan FTP mereka terlebih dahulu, sebelum hadir dengan pengumuman rasmi untuknya. Perkara sama juga hari ini, apabila kini Firefox 17 ESR telah pun boleh didapati daripada pelayan FTP mereka.

Firefox 17 ESR (Extended Support Release) merupakan versi pelayar web dengan masa sokongan yang lama, membolehkan perusahaan, universiti dan sebagainya menggunakannya, tanpa perlu risau akan kemaskini yang dikeluarkan setiap 6 minggu oleh Mozilla. Kali terakhir Mozilla mengeluarkannya adalah ketika Firefox 10.

Dari segi fungsi baru, antara perkara yang disertakan adalah termasuk sokongan notifikasi untuk pengguna Mac OS X 10.8, Awesome Bar dengan ikon yang lebih besar, peningkatan pada sokongan HTML5 dan sebagainya. Mozilla akan mengeluarkan senarai penuh perubahan bersama-sama dengan pengumuman rasmi untuknya kelak.

Mozilla dijangka membuat pengumuman rasmi berkaitan dengan pelancaran Firefox 17 ini dalam tempoh kurang 24 jam lagi.


  • Amaran
  • Bagi pengguna biasa, mungkin anda boleh nantikan pelancaran rasmi Mozilla, memandangkan mungkin terdapat perubahan pada saat terakhir daripada mereka seperti berlaku pada salah satu versi Firefox sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd