Rekabentuk Metro Pada Peringkat Awal Pembangunan Windows 8 Diperlihatkan

Rekabentuk Metro Pada Peringkat Awal Pembangunan Windows 8 Diperlihatkan

Diterbitkan pada November 20, 2012 oleh .

Windows 8 telah pun mula dibangunkan sebaik sahaja sejak Windows 7 dilancarkan, dan kini beberapa gambar skrin dan paparan untuk Windows 8 pada peringkat awal dikongsikan, memperlihatkan bagaimanakah ia kelihatan pada peringkat awal pembangunannya.

Rekabentuk antaramuka yang dikongsikan ini adalah ketika Windows 8 pada peringkat awal pembangunanya, sekitar tahun 2010, dan ketika itu ia dikenali dengan nama kod “Pocahontas”. Daripada apa yang diperlihatkan, tidak banyak bezanya dengan versi akhir.

Pada peringkat mockup awal ini, ia kelihatan ikon bateri, WiFi dan masa diperlihatkan pada skrin utama, disamping CharmBar yang sedikit berbeza. Rekabentuk Tiles juga kelihatan berlainan, dimana ikon setiap aplikasi turut dikekalkan pada saiz besar, walaupun terdapat kandungan didalamnya.

Jadi, bagi anda, adakah ianya menarik, dan apakah pendapat anda berkenaan rekabentuk awal dan apa yang digunakan pada Windows 8 sekarang?


TIPS & ULASAN