Aplikasi HERE Maps (Nokia) Kini Ditawarkan Untuk Pengguna iOS Di AppStore

Aplikasi HERE Maps (Nokia) Kini Ditawarkan Untuk Pengguna iOS Di AppStore

Diterbitkan pada November 20, 2012 oleh .

Seperti mana yang dijanjikan, pihak Nokia hari ini telah pun menerbitkan aplikasi HERE Maps untuk para pengguna peranti iOS 4.3 dan yang terkini, membolehkan para pengguna iOS menikmati fungsi dan penggunaan sistem pemetaan yang berasaskan data daripada NAVTEQ pada peranti mereka.

Sistem pemetaan daripada Nokia boleh dikatakan antara yang terbaik, dan dengan pengenalan aplikasi khas untuk pengguna iOS, ia membolehkan para pengguna iOS menggunakannya untuk melihat peta dalam pelbagai pilihan paparan, termasuk paparan peta biasa, live traffic, paparan satelit dan sebagainya. Para pengguna juga boleh menyimpan peta untuk digunakan secara luar talian pada peranti mereka.

Bagi mereka yang menggunakan peranti iOS, boleh memuat-turunnya secara percuma hari ini daripada AppStore.

Muat-Turun Aplikasi HERE Maps daripada AppStore


TIPS & ULASAN