Microsoft Malaysia Mempertontonkan Beberapa Aplikasi Daripada Pembangun Tempatan

Microsoft Malaysia Mempertontonkan Beberapa Aplikasi Daripada Pembangun Tempatan

Diterbitkan pada November 20, 2012 oleh .

Dengan pelancaran Windows 8, syarikat dan juga para pembangun tempatan turut sama membangunkan aplikasi mereka dan menawarkan kemudahan untuk pengguna Windows 8 mengikuti perkembangan dengan mudah daripada desktop dan tablet Windows 8 mereka.

Hari ini, Microsoft Malaysia mengambil peluang memperlihatkan beberapa aplikasi yang dibangunkan oleh para pembangun tempatan, dan antaranya adalah The Star Online, MalaysiaKini, myStarJob.com, AirAsia, Sunway Group, iProperty, Resorts World Genting, MYDIN, DiGi, Yeylol, Soft Space dan juga MyTeksi.

Kesemua aplikasi ini boleh didapati daripada Windows Store, malah carian kata kunci “Malaysia” memperlihatkan pelbagai aplikasi yang dibangunkan untuk pengguna tempatan.

Angka aplikasi yang memfokuskan kepada Malaysia dijangka akan terus meningkat dari hari ke hari, apatah lagi dengan fokus Microsoft mempromosikannya melalui beberapa acara, termasuk WOWZapp yang diadakan baru-baru ini.


TIPS & ULASAN